Dua mati lemas selepas bot terbalik semasa menjala ikan  - Utusan Malaysia

Dua mati lemas selepas bot terbalik semasa menjala ikan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Dua mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik sebelum karam ekoran angin kencang dan hujan lebat dalam  kejadian di Empangan Timah Tasoh di sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung tragedi itu kira-kira pukul 3.58 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

 “Mayat salah seorang mangsa yang lemas berjaya ditemui kira-kira pukul 6 petang sementara seorang lagi mangsa ditemui selang satu jam semasa operasi pencarian dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Operasi ini mengalami sedikit kesukaran kerana cuaca tidak menentu selain hujan lebat.

“Pencarian dilakukan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis dan polis,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan kedua-dua mangsa dikenali sebagai Imran Afiq Ismail berusia 13 tahun dan Jumain Ingan, 60. Kedua-duanya berasal dari Beseri di sini.

Mangsa terselamat, Julfaezuan Jumain (baju hijau) yang terselamat dalam tragedi bot terbalik dan kar
Mangsa terselamat, Julfaezuan Jumain (baju hijau) yang terselamat dalam tragedi bot terbalik dan karam di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis hari ini cemas menanti nasib sepupunya dan ayahnya. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

 

Kedua-dua mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dekat sini  untuk proses bedah siasat.

Kedua-dua mangsa dan mangsa yang terselamat Julfaezuan Jumain, 27, menaiki bot itu untuk menjala ikan di empangan itu.

Semasa kejadian hujan lebat diiringi angin kencang.

Dalam pada itu, mangsa yang terselamat, Julfaezuan Jumain, 27, berkata, dia tidak putus-putus berdoa supaya bapa dan sepupunya dapat ditemui.

“Saya redha dengan ketentuan Tuhan,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
 Kedalaman air di empangan itu lebih lima meter.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Superintendan Muhamad Halim Yatim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini