GUA MUSANG 25 Okt. – Dua lelaki warga asing maut selepas dirempuh dan diseret oleh sebuah pikap sejauh 20 meter di Kilometer 18, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, pembonceng motosikal jenis Honda C70 dikenali sebagai Master Sulaibeeb Abdulloh, 16, dan penunggang warga India yang masih belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah. Sementara itu pemandu pikap jenis Toyota…










