Dua kejadian kebakaran berlaku sekitar Kajang - Utusan Malaysia

Dua kejadian kebakaran berlaku sekitar Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Sepasang suami isteri hampir menjadi mangsa kebakaran selepas rumah jirannya terbakar dalam satu kejadian di Jalan 29, Flat Bukit Mewah di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mohd. Jaslizad Jalil berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Bangi telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 5 pagi oleh orang awam dan sebaik tiba anggota bomba mendapati tiga buah rumah di tingkat empat sedang marak terbakar.

“Kita difahamkan, ketika kejadian terdapat sepasang suami isteri masing-masing berusia 27 tahun dan 25 tahun berada di rumah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

kebakaran
Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 8.18 pagi tadi.

 

Tambah Mohd. Jaslizad, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 8.18 pagi.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, lima buah rumah teres setingkat di Taman Desa Seroja dekat sini turut musnah selepas terlibat dalam satu kebakaran kira-kira pukul 3.30 petang.

“Kejadian tersebut hampir meragut nyawa penghuni di kelima-lima rumah berkenaan yang berusia lingkungan 17 hingga 58 tahun namun mereka berjaya menyelamatkan diri.

“Kebakaran berjaya dikawal empat minit kemudian dan kesemua rumah terbakar kira-kira 20 hingga 90 peratus. Punca kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN