Dr. M perlu mandat tiga ke lima tahun - Utusan Malaysia

Dr. M perlu mandat tiga ke lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Sokongan padu harus dizahirkan oleh setiap ahli Parlimen kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha memulihkan ekonomi negara yang semakin mencabar selepas pentadbiran kerajaan diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH).

Sudah tentunya proses pemulihan tersebut akan mengambil masa melebihi dua tahun dan sebarang proses peralihan kuasa dalam tempoh itu hanya akan memburukkan lagi situasi ekonomi negara.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa percaya usaha memulihkan ekonomi negara lebih utama berbanding mengangkat individu tertentu untuk proses peralihan kuasa.

Beliau percaya, Dr. Mahathir harus diberikan mandat untuk mentadbir selama tiga tahun atau pun satu penggal iaitu lima tahun, bukan hanya dua tahun bagi memulihkan situasi.

“Bank Dunia melaporkan situasi ekonomi negara tidak menyenangkan. Para menteri yang tidak berpengalaman akan memburukkan keadaan, jadi operasi menyelamat amat bergantung kepada kekuatan kepemimpinan Dr. Mahathir.

“Beliau mempunyai pengalaman dan keupayaan, namun beliau pastinya memerlukan masa melebihi dua tahun. Sekiranya situasi memerlukan, mandat harus diberi kepada Perdana Menteri melebihi tiga tahun atau satu penggal penuh kerana negara dan rakyat lebih utama daripada individu,” jelas beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN