KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sentuhan istimewa daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dr. Mahathir yang sebelum ini biasanya tidak turun padang bagi membantu kempen calon pilihan raya termasuk PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia akan membantu kempen Anwar menerusi satu majlis yang dibuat secara besar-besaran pada…










