UMNO perlu mempertimbangkan semula cadangan kerjasama politik dengan Pas. Janganlah disebabkan keterujaan merampas kembali kuasa politik menyebabkan parti Melayu ini hanya memberi pertimbangan jangka pendek bagi mencapai matlamat itu. UMNO perlu sedar, kestabilan dan kekukuhan Barisan Nasional (BN) sekian lama adalah kerana dominasi dan pengaruh UMNO yang kuat berbanding parti komponen lain seperti MCA dan MIC. Maknanya, kestabilan dan kukuhnya BN sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir negara adalah kerana kekuatan…










