KUANTAN 27 Okt. – Seorang doktor pelatih kerugian sebanyak RM12,400 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwanya terlibat dalam penggubahan wang haram sebanyak RM1 juta di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 28 tahun menerima panggilan telefon kira-kira pukul 9.07 pagi daripada individu yang memperkenalkan diri dari Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM). “Mangsa seorang lelaki diberitahu terlibat dengan penama Tan Wai Ping dalam kes penggubahan wang haram sebanyak RM1 juta sebelum panggilan disambungkan kepada ‘Inspektor Wong’ dan ‘Inspektor Kamarul’.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya