PUTRAJAYA 15 Okt. – Kerajaan hari ini mengisytiharkan sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok. DZULKEFLY AHMAD Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, mereka yang ingin merokok boleh berbuat demikian di luar bangunan Parlimen. “Bagi perokok, mereka perlu merokok di luar bangunan Parlimen kerana di dalam bangunan tiada lagi kawasan untuk merokok,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bulan…










