BERLIN 9 Okt. – Mahkamah negara ini memerintahkan pengharaman penggunaan diesel di beberapa jalan utama di ibu kota ini, penguatkuasaan sama yang telah dilakukan bandar seperti Hamburg, Frankfurt dan Stuttgart. Menurut hakim terbabit, pelan udara bersih yang dilaksanakan sekarang tidak merangkumi langkah yang sewajarnya bagi memenuhi had tahunan pelepasan nitrogen dioksida (NO2). Bagi mengurangkan tahap pencemaran berbahaya, pihak berkuasa wajib mengarahkan pengharaman pemanduan kenderaan yang mempunyai standard pelepasan 5 Euro…










