LIMA hari dalam sebulan tidak hadir sekolah merupakan perkara biasa bagi remaja perempuan di perkampungan pedalaman Sabah, khususnya yang telah akil baliq, malah sesetengahnya terus berhenti sekolah. Semua itu gara-gara tempoh tersebut mereka sedang didatangi haid. Sejak mendapat tahu tentang masalah tersebut daripada kumpulan mubaligh Kristian yang berada di pendalaman Sabah, Anja Juliah Abu Bakar, 44, merasakan dia perlu berbuat sesuatu. Dia percaya pendidikan adalah kunci bagi memperkasa kanak-kanak tersebut.…










