KUALA LUMPUR 8 Okt. – Seorang eksekutif jualan didenda maksimum RM100 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan semasa sekatan jalan raya, bulan lalu. Majistret Rahni Kartini Abd. Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Derrick Johnson, 28, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Sarjan Mejar Norhaizin Udin dengan niat mengaibkan dan menghina pegawai serta anggota…










