KUALA LUMPUR 24 Okt. – Penyanyi, Deja Moss sah bercerai talak satu Azfendy Azzuddin Ahmad tepat pukul 2.45 petang tadi. Hakim Syarie, Noranizan Mohd. Sufian selepas merekodkan lafaz tersebut memerintahkan agar pelantun lagu Asmara Ini beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini. Sementara itu, peguam syarie Halimatunsa’diah Abu Ahmad yang mewakili Deja atau nama Sharifah Hadijah Wan Moss ketika ditemui selepas tamat…










