LONDON 2 Okt. – Pemain Manchester City, Kevin de Bruyne kini sudah kembali menyertai latihan lebih awal berbanding tempoh dia dijangka pulih daripada kecederaan lutut.
Sebelum ini, pemain tengah tersebut dijangka pulih selepas tiga bulan daripada kecederaan, namun selepas mendapatkan rawatan, dia sudah kembali menjalani latihan setelah enam minggu berehat.
De Bruyne pulih sebelum City bertemu Hoffenheim untuk aksi Liga Juara-Juara pada Selasa ini.
Selepas itu City akan bertemu Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris pada Ahad.
Kapten City, Vincent Kompany berkata, khidmat De Bruyne masih penting buat pasukan.
“Dia pemain tengah terbaik kami kerana kebanyakan jaringan menerusi hantarannya.
“Sumbangan dia kepada pasukan amat besar dan sukar untuk mendapatkan penggantinya,” kata Kompany.
Pemain kebangsaan Belgium, De Bruyne hanya membuat penampilan pada musim ini ketika menjadi pemain gantian dalam aksi pembukaan liga yang menyaksikan City meraih kemenangan ke atas Arsenal. – AGENSI











