KUALA LUMPUR – Penerbit filem Munafik 2, Datuk Yusof Haslam mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan rakaman karya arahan Syamsul Yusof itu tanpa kebenaran di media sosial. Menurut Yusof, pihak mereka, Skop Production Sdn. Bhd. telah menghantar surat saman kepada pihak defenden yang mengguna nama Sasuke Kun di media sosial Facebook manakala Instagram, @muhammad_izwan_shah. Katanya, tindakan tersebut dibuat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus…










