BEKERJA sambil belajar bukan sesuatu yang asing, malah kini menjadi pilihan sebahagian anak muda. Ada yang berbuat demikian kerana inginkan peningkatan dalam kerjaya, tidak kurang juga sekadar mengisi masa lapang. Semuanya terpulang kepada tujuan dan matlamat masing-masing. Namun, menggalas dua tanggungjawab serentak mungkin membebankan, tetapi tidak kepada Nur Dania Aminurdin, 22. Pelajar tahun kedua jurusan pengurusan seni dan budaya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini, turut aktif…










