Dana politik perlu terbuka dan telus - Utusan Malaysia

Dana politik perlu terbuka dan telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Sebarang bentuk dana untuk pembiayaan parti politik di negara ini perlu dilakukan secara terbuka dan telus serta mengikut lunas perundangan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara tersebut penting bagi mengelakkan berlakunya elemen rasuah dalam pelaksanalannya.

Ujarnya, parti politik yang menerima dana berkenaan perlu mendedahkan sumbernya dan dimaklumkan kepada umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cara terbaik ia dibuat secara terbuka dan telus, maksudnya mana-mana parti yang menerima dana politik mestilah mengikut undang-undang, mendedahkan sumber sumbangan tersebut.

“Ia dibuat di negara-negara maju di mana setiap sumbangan dana politik mestilah didaftar dan diberitahu kepada orang ramai daripada mana dan siapa telah menyumbang dana tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Gimnasium Kanak-Kanak Pelbagai Spektrum ‘We Rock The Specktrum’ di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mengakui parti komponen PH kini berdepan krisis kewangan kritikal untuk menguruskan perjalanan parti.

Mahathir selaku Perdana Menteri berkata, PH masih buntu mencari formula terbaik bagaimana parti hendak mendapatkan dana politik bagi membiayai urusan perjalanan parti tanpa wujud elemen rasuah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini