KUALA LUMPUR 3 Okt. – Seorang peniaga pasar malam dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengendalikan harta pengganas dengan memberi perkhidmatan kewangan untuk manfaat pengganas Daesh, tiga tahun lalu. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh, Muhammad Hassan Syauqi Omar, 24, didakwa mengendalikan harta pengganas, Muhammad Fudhail Omar yang juga abangnya dengan membenarkan kemasukan RM300 ke akaun Maybank miliknya di…










