Cukai digital: Industri belum cukup matang - Utusan Malaysia

Cukai digital: Industri belum cukup matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. –­ Industri digital di Malaysia masih belum bersedia menghadapi pelaksanaan cukai digital dengan mengambil kira sektor terbabit berdepan cabaran untuk meraih keuntungan.

CHAN KOK LONG
CHAN KOK LONG 

Pengarah Eksekutif iPay88 Holdi­ng Sdn. Bhd., Chan Kok Long berkata, pelaksanaan cukai digital pada masa ini akan menyekat inovasi dan pertumbuhan industri berbanding kehadiran penggiat antarabangsa ke dalam pasaran.

Beliau sebaliknya menyarankan kerajaan supaya memperkenalkan cukai berasaskan keuntungan yang lebih membina dalam Belanjawan 2019 pada Jumaat ini.

“Industri teknologi kewangan (fintech) misalnya telah mengubah industri kewangan dan cara perniagaan dijalankan.

“Namun, para penggiat industri masih dalam peringkat melabur dalam perniagaan berbanding mencatat keuntungan.

“Sehubungan itu, sebarang langkah pelaksanaan cukai ke atas industri baharu sebaliknya­ hanya meru­gikan Malaysia apabila pemain industri beralih ke lokasi lain seperti negara jiran,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Industri digital Malaysia disifatkan masih dalam peringkat awal dan kebanyakan syarikatnya terus berusaha untuk mencatat pulangan.

Sambil mengakui keperluan kerajaan untuk melakukan kutipan cukai, Kok Long berkata, Malaysia sewajarnya melaksanakan cukai yang berasaskan keuntungan berbanding berasaskan industri itu secara menyeluruh.

Sebagai contoh ujarnya, penggiat antarabangsa itu yang perlu dikenakan cukai kerana mereka sudah sedia berjaya sehingga mampu berkembang ke pelbagai negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN