KUALA LUMPUR 9 Okt. – Pelaksanaan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilihat belum berjaya memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan. Berikutan itu, kerajaan berhasrat memperkenalkan cukai baharu bagi menjana pendapatan tambahan kepada negara. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, format cukai tersebut adalah berbeza daripada SST. Bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci tentang cukai itu dan bila akan dilaksanakan. “Ini…










