PUTRAJAYA 8 Okt. – Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada lima peratus. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengurangan cukai itu adalah lebih rendah daripada kadar enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap alat penyapu lantai. “Kementerian Kewangan berharap peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan…










