Cuba selesaikan kemelut, Aliff nafi diri malaikat - Utusan Malaysia

Cuba selesaikan kemelut, Aliff nafi diri malaikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 Okt. – Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 32, bakal mengaturkan pertemuan antara pihak pengurusan Astro, juara Gegar Vaganza musim keempat (GV 4), Aishah Ariffin dan penaja utama GV 4, Datuk Seri Dr. Vida dalam masa terdekat.

Menurut Aliff yang juga penaja utama GV 5 itu, pertemuan tersebut diaturkan bagi membantu menyelesaikan kemelut berhubung isu penajaan hadiah GV 4 yang sedang dihadapi pihak terbabit.

“Walaupun tidak terlibat dalam permasalahan ini, namun saya terpanggil untuk masuk campur dan menawarkan bantuan kerana kedua-duanya adalah kenalan baik saya dan mahu menjernihkan hubungan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah pun berbincang dengan Astro mengenai hal ini dan butir perbincangan akan dimaklumkan kepada umum usai pertemuan tersebut diadakan kelak,” kata Aliff yang menaja penganjuran GV 5 menerusi syarikat kosmetiknya, D’Herbs Holdings.

Pada masa sama, Aliff menegaskan tindakannya itu bukanlah umpama menangguk di air yang keruh bagi tujuan pemasaran jenama produknya, tetapi demi kebaikan bersama.

“Saya tidak berniat menunjukkan diri ini seperti malaikat, cuma membantu sekadar yang termampu.

“Sebagai penaja utama program besar seperti ini, jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan baik, barang kali secara tidak langsung akan menjejaskan nama baik syarikat saya.

“Jadi, inilah peluang terbaik untuk dimanfaatkan bersama agar kekeruhan itu dapat dijernihkan kembali,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini