KOTA BHARU 4 Okt. – Akibat cuba merasuah seorang anggota polis, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan tersebut yang dilakukan Ahad lalu. Hakim Zaman Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ahmad Shafein Abdullah, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Dia yang tidak bekerja didakwa secara rasuah telah menawarkan wang tunai RM200 terhadap Lans Koperal Zulfahmey…










