KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan Laporan Transaksi Tunai (CTR) harian kepada RM25,000 daripada RM50,000 pada masa ini, berkuat kuasa 1 Januari 2019. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, langkah itu akan menjadikan CTR Malaysia setara dengan negara lain memandangkan had semasa adalah terlalu tinggi. Ia juga tidak menepati saiz ekonomi negara terutamanya apabila berkaitan dengan kuasa beli. “Oleh itu, sudah tiba masanya kita mencari pendekatan memperkukuhkan kawalan tersebut dalam mengurangkan jenayah kewangan iaitu melalui keperluan CTR,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya