SUBANG – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada malam ini setelah selesai menjalani rawatan untuk penyakit kanser hidung dihidapinya di luar negara. Beliau yang menaiki jet peribadi tiba pada pukul 9.15 malam dan dilihat menaiki sebuah dari empat kereta mewah yang mengiringinya setelah keluar dari pesawat Asia Jet, perkhidmatan jet peribadi. Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama telah menjalani rawatan kira-kira selama dua bulan di Taiwan. Beliau…










