KUALA KRAI 11 Okt. – Celcom Axiata Berhad memperuntukkan hampir RM1 juta pada tahun ini untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan pelajar melalui program Tuisyen Mara. Pengurus Pembangunan Masyarakat, Celcom Axiata Berhad, Mohd Fadzly Kamaruzzaman berkata, program tersebut melibatkan kira-kira 22,200 pelajar di 29 buah pusat di seluruh negara. Beliau berkata, tajaan yang memasuki tahun kedua itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat. “Tahun ini lebih banyak pusat…










