PEKAN 9 Okt. – Permainan catur sewajarnya dibudayakan dalam kalangan rakyat negara ini terutama generasi muda kerana membantu membentuk jati diri dan melahirkan masyarakat berfikiran cerdas. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, pembentukan jati diri yang baik memerlukan pematuhan kepada undang-undang, sikap berwaspada dan sentiasa bertanggungjawab dalam perlakuan masing-masing. Titah baginda, untuk menjadi pelajar cemerlang pula memerlukan tumpuan, kemahiran berfikir, daya fokus yang tinggi dan keupayaan menyelesaikan…










