Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali dalam ruangan Genius Corner minggu ini, bersama latihan Bootstrap bahagian sepuluh. Menerusi latihan kali ini, kita akan mempelajari kaedah memaparkan imej yang berputar secara automatik menggunakan kaedah Carousel.
Menurut kamus Oxford, Carousel membawa maksud peralatan hiburan yang mempunyai pelantar berputar dengan tempat duduk untuk penumpang. Carousel sebegini, yang juga dikenali sebagai merry-go-round boleh didapati di kebanyakan taman tema.
Projek yang kita akan bina kali ini bukanlah peralatan permainan, tetapi kaedah memaparkan beberapa imej dalam galeri secara berputar dalam sela masa tertentu secara automatik.
Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan
Menerusi latihan tadi, kita telah pelajari kaedah memaparkan imej secara berputar dalam sela masa tertentu, menggunakan kelas carousel. Masukkan sahaja kelas tersebut kepada
Bagi mengawal putaran seperti default slide, anda perlu masukkan kelas carousel-indicators ke dalam
- sebelum mana-mana
Bagi paparan imej atau video, tambahkan
- kawalan.
Masukkan juga kelas carousel-item ke dalam
Soalan
Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.
1. Ubah imej dalam kod atur cara tadi dengan imej milik anda sendiri
2. Ubah paparan imej kepada paparan video
3. Tambah dua lagi item carousel
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.
Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan. Selamat mencuba!
BERITA BERKAITAN

Speedy Tigers layak ke final PSAS

Bekas peguam negara Abdul Gani Patail meninggal dunia

Usaha FAM bantu KRW FC cecah tahap maksimum – Rosmadi








