Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali dalam ruangan Genius Corner minggu ini, bersama latihan Bootstrap bahagian sepuluh. Menerusi latihan kali ini, kita akan mempelajari kaedah memaparkan imej yang berputar secara automatik menggunakan kaedah Carousel. Menurut kamus Oxford, Carousel membawa maksud peralatan hiburan yang mempunyai pelantar berputar dengan tempat duduk untuk penumpang. Carousel sebegini, yang juga dikenali sebagai merry-go-round boleh didapati di kebanyakan taman tema. Projek yang kita…










