BERDIRI atas kapasiti bakat lakonan yang cukup hebat, pelakon Carmen Soo tetap dengan jiwa hambanya. Senyuman tidak pernah hilang daripada wajah manisnya. Berjaya menembusi pasaran Hollywood menerusi filem Crazy Rich Asians, Carmen mahu terus mengintai peluang untuk melebar sayapnya di langit dunia perfileman antarabangsa itu. Sedar bukan mudah untuk memahat nama dalam industri yang cukup mencabar, Carmen tidak mahu terburu-buru dalam mencari peluang. Pada usia 41 tahun, dia tetap percaya…










