MELAKA 10 Okt. – Ketua Menteri, Adly Zahari hari ini menyatakan permohonan maaf bagi pihak kerajaan negeri atas ketelanjuran seorang wakil rakyatnya yang tular dalam laman sosial kerana bertengkar dengan penduduk kampung berhubung isu penutupan jalan di Taman Akasia di sini, semalam. Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri turut mengakui perkara itu berlaku disebabkan kurangnya pengalaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee. Menurutnya,…










