Calon PT3 maut jatuh tingkat 11 - Utusan Malaysia

Calon PT3 maut jatuh tingkat 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang pelajar perem­puan yang merupakan calon ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 rumah­nya di Pangsapuri Lebuh Su­ngai Pinang 1 di sini semalam.

Mayat, Cheah Xin Hui, 15, dijumpai orang awam dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di bawah blok perumahan ber­kenaan kira-kira pukul 8.25 pagi.

Xin Hui yang belajar di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di sini sepatutnya menduduki ujian PT3 semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mayat remaja perempuan yang lengkap berpakaian tidur dan tidak berkasut itu ditemui dalam keadaan sudah kaku serta berlumuran darah pada muka.

Menurutnya, kematian remaja tersebut disahkan oleh doktor dari Hospital Pulau Pinang (HPP) yang tiba di lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini