PORT DICKSON 5 Okt. – Calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung isu veteran tentera yang tidak mendapat pembelaan kerajaan. Beliau meminta pihak media supaya menyampaikan cabaran tersebut dan bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson ketika ini. “Saya cabar beliau berdebat supaya rakyat tahu yang mana benar dan palsu. Banyak hak veteran yang…










