Calon Bebas mengaku sokong agenda PH - Utusan Malaysia

Calon Bebas mengaku sokong agenda PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Calon bebas, Stevie Chan Keng Leong mengaku beliau sebenarnya menyokong agenda yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan (PH) meskipun bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Katanya, beliau menyokong agenda PH seperti yang dijanjikan dalam manifesto Buku Harapan kerana ia menekankan kebenaran dan ketelusan, mengutamakan rakyat berbanding ahli politik, mahu mereformasikan institusi serta anti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Bagaimanapun, katanya, beliau membuat keputusan bertanding PRK kerusi Parlimen Port Dickson sebagai calon Bebas bagi memberi isyarat kepada PH bahawa rakyat tidak berpuas hati dan bimbang dengan situasi negara pada masa ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berhasrat menyatukan semua rakyat Malaysia di sebalik mesej yang diterjemahkan pada 9 Mei lalu (Pilihan Raya Umum ke-14) bahawa rakyat kini berkuasa.

“Tiada ahli politik atau parti politik yang boleh menentukan masa depan kita tanpa persetujuan dan sokongan kita,” katanya dalam satu catatan di media sosial Facebook hari ini.

Keng Leong berkata, beliau berbeza berbanding calon Bebas lain yang pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini kerana beliaubboleh bekerja dengan semua kaum tanpa mengira fahaman politik.

Menurut catatan itu lagi, Keng Leong mahu memastikan suara golongan miskin dilayan sama adil seperti golongan yang kaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini