PORT DICKSON 8 Okt. – Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong membuat laporan polis berhubung kempen calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya melanggar peraturan pilihan raya. Beliau mendakwa, kempen Anwar kepada pengundi berhubung program dan projek yang diperoleh selain menaja program tuisyen percuma melanggar Seksyen 10 (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan dengan penyogokan.…










