Pembentukan ketulan pada payudara adalah gejala yang sering terjadi dalam kalangan wanita. Kebanyakan daripada ketulan ini mudah dirawat atau di dalam kebanyakan kes, ia tidak memerlukan sebarang pembedahan dan memadai untuk dipantau oleh pesakit sahaja. Ini disebabkan kebanyakan daripada ketulan tiada risiko untuk menjadi kanser payudara. Bagaimanapun, sering kali kaum wanita menjadi resah apabila menyedari terdapat ketulan atau bonjolan di buah dada mereka. Disebabkan penyebaran maklumat kesihatan melalui media yang…










