PRESTASI pelumba negara yang beraksi pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi kategori Moto3, Adam Norrodin wajar dipuji selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Australia di Litar Phillip Island di tempat ketujuh semalam. Meskipun memulakan perlumbaan di petak ke-13, pelumba kelahiran Muar, Johor itu tidak mudah berputus asa apabila berusaha mengejar kelompok depan sebelum memastikan sembilan mata menjadi miliknya apabila meraih kedudukan ketujuh. Bagaimanapun Adam menegaskan, keputusan itu hanya disebabkan tuah semata-mata kerana dia menyifatkan prestasinya semalam bukan yang terbaik, lebih-lebih lagi dia merasakan kurang selesa dengan jentera. “Perlumbaan hari ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya