KUALA LUMPUR 10 Okt. – Orang ramai perlu mengawal pengambilan garam dalam semua jenis makanan, bukan hanya papadum kerana terdapat banyak lagi produk makanan yang mempunyai kandungan garam tersembunyi yang tinggi. Ketua Program Sains Pemakanan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Norimah A. Karim berkata, garam tersembunyi biasanya ada pada makanan yang diproses termasuklah makanan tradisi seperti budu, cencaluk dan belacan. “Ada banyak makanan bergaram yang orang Malaysia…










