HULU SELANGOR – Gurauan seorang lelaki memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa di sini semalam mencetuskan panik selama kira-kira 20 minit apabila mesin tersebut terkunci dengan budak lelaki itu terperangkap di dalam mesin basuh tersebut. Kejadian pada pukul 12.30 malam tersebut menyebabkan beberapa pekerja restoran berhampiran membantu menyelamatkan mangsa yang terkunci di dalam mesin basuh bermuatan 15 kilogram (kg). Budak itu berjaya diselamatkan selepas mesin basuh tersebut dipecahkan oleh beberapa individu menggunakan pelbagai peralatan termasuk tukul besi. Kanak-kanak itu tidak cedera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya