Bonus RM15,000 jika Perak ke final Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Bonus RM15,000 jika Perak ke final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 4 Okt. – Para pemain Perak dijanjikan bonus RM15,000 jika layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang mengumumkan perkara itu berkata, ganjaran itu bagi memberikan semangat kepada pemain menjelang perlawanan separuh akhir pertama menentang Sabah di Stadium Perak pada Ahad ini.

Menurutnya, ganjaran lebih besar menanti pemain jika berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas kali terakhir memenanginya 17 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bonus akan diberikan kepada semua pemain namun ada perbezaan sedikit bagi pemain kesebelasan utama dan pemain simpanan.

“Saya juga akan menyampaikan ganjaran peribadi kepada pemain yang menjaringkan gol, juga kepada pemain pertahanan dan penjaga gol jika gawang tidak dibolosi gol,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis makan tengah hari bersama pasukan Perak, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini