JOHOR BAHRU 10 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini mengakui pihaknya kini lebih banyak terlibat dalam kerja-kerja menyelamat berbanding tugas memadam kebakaran. Justeru, Pengarah JBPM negeri yang baharu, Datuk Yahaya Madis meminta semua pegawai dan kakitangannya supaya sentiasa bersiap sedia setiap masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Menurutnya, JBPM negeri mempunyai 2,228 pegawai dan anggota melibatkan pegawai tetap, pegawai bantuan dan bomba sukarela. “Bomba sentiasa bersedia untuk…










