KUALA LUMPUR 30 Sept. – BMW Malaysia Sdn. Bhd. telah menyerahkan 82,000 buah model elektrik dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, meningkat sebanyak 43.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Harald Hoelzl berkata, pengeluar kereta premium itu dijangka mencapai paras untuk menyerahkan sebanyak 140,000 buah kenderaan elektrik pada 2018. “Pada tahun lepas sahaja, BMW menyerahkan 100,000 kenderaan elektrik,” katanya dalam pembentangan selepas memperkenalkan…










