Awang tidak berhasrat untuk ‘memanaskan’ lagi polemik melibatkan kerajaan Pas Kelantan dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam isu memohon bantuan kerajaan Pusat. Segalanya tidak mungkin menjadi ‘perbalahan’ apatah lagi ‘perang mulut’ jika Guan Eng yang pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang berhati-hati menggunakan perkataan ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen. Kata-kata: “Saya fikir macam mana Kelantan mampu buat bila gaji perkhidmatan awam tak…










