Bilangan tenaga buruh naik 2.6 peratus, kadar pengangguran kekal 3.4 peratus - Utusan Malaysia

Bilangan tenaga buruh naik 2.6 peratus, kadar pengangguran kekal 3.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bilangan tenaga buruh pada Ogos 2018 meningkat  2.6 peratus kepada 15.42 juta orang berbanding 15.03 juta pada Ogos 2017, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, dalam tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.6 peratus kepada 14.90 juta orang berbanding 14.51 juta orang pada Ogos 2017.

Kadar pengangguran pada Ogos 2018 pula kekal 3.4 peratus bagi tiga bulan berturut-turut berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

“Pada bulan ini, bilangan penganggur seramai 525,000 orang, meningkat 1.2 peratus berbanding 0.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Mohd. Uzir berkata, bagi penyertaan tenaga buruh pada Ogos 2018 pula, kadarnya turun 0.2 mata peratus kepada 68.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh meningkat 0.6 mata peratus (Ogos 2017: 67.8 peratus).

“Bagi perbandingan tahun ke tahun, bilangan penganggur meningkat 1.6 peratus,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN