KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mahu menganggu ‘privacy’ jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sehingga pemain itu sendiri bersedia tampil menjelaskan perkembangan terkini. Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sekali lagi mengulangi ruang peribadi Chong Wei perlu dihormati dan berharap tiada pihak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu emosi pemain itu ketika ini. “Saya akan melawat beliau (Chong Wei) di rumah dan berbincang dengan Chong…










