Bersaing atas idea dan dasar - Utusan Malaysia

Bersaing atas idea dan dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 1 Okt. – Semua parti politik yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sepatutnya bersaing atas idea dan dasar yang lebih baik hendak ditawarkan kepada rakyat dalam kempen pilihan raya masing-masing.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, isu seperti memainkan sentimen perkauman dan agama adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu dijauhi dalam usaha menarik sokongan para pengundi.

“Guna isu yang kita berlumba-lumba polisi mana yang lebih baik semasa berkempen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau mereka gagal berbuat demikian lalu menggunakan isu membabitkan agama atau kaum, ini sesuatu yang malang,” katanya kepada para pemberita selepas menghadiri Forum Muhibbah anjuran pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum, agama dan masyarakat negeri ini, di sini hari ini.

Yang turut hadir, calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau diminta mengulas sindiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Anwar dianggap tidak konsisten ketika berdepan pengundi pelbagai kaum dan agama yang mana umat Islam sepatutnya lebih konsisten dengan pegangan agama mereka.

Mujahid menyifatkan sindiran itu disebabkan parti lawan tidak ada modal politik lain yang mampu diketengahkan kepada para pengundi.

“Tetapi saya yakin rakyat dan pengundi kini lebih matang untuk mengetahui bahwa isu yang utama ialah bagaimana hendak membentuk dan mengukuhkan konsep Malaysia Baharu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini