SEMEMANGNYA, dalam Islam, mati itu pasti. Bagaimanapun, sudah lumrah, kebanyakan daripada kita takut dengan kematian. Kita gentar dengan neraka kerana kita tidak pasti adakah syurga milik kita. Lantas, kita akan menjadi tidak keruan. Emosi kita berlayar jauh dengan mula menghitung amal. Kita juga kembali menilai kerapuhan iman dan dosa-dosa yang berlumur dalam diri. Di sebalik semua itu, tidak semua manusia sebegitu. Ada yang reda kerana kelompok ini sudah bersedia menanti…










