PUTRAJAYA 25 Okt. – Peguam Negara belum mengeluarkan sebarang arahan kepada pihak polis untuk membuka semula kes kematian Teoh Beng Hock. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, permohonan untuk membuka semula siasatan kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor itu masih di pejabat Peguam Negara. “Saya diberitahu ia (permohonan) masih di pejabat Peguam Negara. Apa-apa keputusan untuk membuka semula kes mestilah dibuat oleh Peguam Negara. Setakat ini…










