OPERASI bantuan dan menyelamat diteruskan di Indonesia selepas gempa bumi serta tsunami berlaku serentak di Pulau Sulawesi, Indonesia pada 28 September lalu. Menurut Badan Kebangsaan Pengurusan Bencana Indonesia, jumlah mangsa bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku baru-baru ini telah meningkat kepada 1,571 orang. Lebih 70,000 rumah musnah atau rosak teruk akibat gempa bumi dengan berkuatan 7.5 pada skala Richter yang melanda Pulau Sulawesi itu. Ia juga mencatatkan gelombang setinggi enam meter pada kelajuan 800 kilometer sejam. Menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, kira-kira 1,000 orang mungkin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya