KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pemain negara Ben Leong bangkit daripada permainan awal yang buruk untuk merekodkan empat di bawah par pada hari pertama kejohanan golf CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini. Memulakan kebangkitan di lubang ke-10, pemain berusia 32 tahun itu menamatkan persaingan dengan catatan 68 pukulan selepas melakukan lapan birdie, dua bogey dan satu double bogey untuk berada lima pukulan di belakang…










