IPOH – Seorang bekas pengurus subsidi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan pengagihan baja subsidi bernilai RM80,909 empat tahun lalu. Tertuduh, Amirul Redzuan Sharudin, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan tidak mengedarkan baja subsidi hak Kerajaan Malaysia kepada tiga pengusaha sawah padi berlainan…










